Syiling Emas Millennium 2000 — Dulu RM2,000, Sekarang Nilai Cecah Lebih RM8,000!
Syiling peringatan Millennium 2000 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan antara edisi paling bersejarah dan bernilai dalam numismatik tempatan. Dilancarkan pada 23 Disember 1999, syiling ini menandakan permulaan abad ke-21 dan alaf baru.
Syiling ini mempunyai nilai muka RM 500 dan diperbuat daripada emas tulen dengan ketulenan 999.9 (24 karat) dalam kualiti proof.
Dari segi reka bentuk, bahagian hadapan memaparkan motif sirih junjung, dua bilah keris dan globe dengan elektron simbol kesediaan Malaysia memasuki era teknologi dan maklumat.
Tulisan “MENUJU KEGEMILANGAN ABAD KE-21” turut dicantumkan dalam tulisan Rumi dan Jawi. Di bahagian belakang pula tertera Jata Negara Malaysia bersama inskripsi “SYILING PERINGATAN TAHUN 2000”.
Untuk spesifikasi teknikal, syiling ini mempunyai berat 25.00 gram, diameter kira-kira 35 mm, dan tebal sekitar 1.4 mm.
Semasa dilancarkan, BNM menetapkan mintage maksimum sebanyak 10,000 unit. Ketika itu, harga jualan ketika pempelancaran ialah RM 2,000 setiap keping.
Mengenai nilai pasaran semasa, menurut katalog numismatik, syiling ini mempunyai anggaran harga dalam lingkungan USD 1,750 hingga USD 1,850 bergantung keadaan (contoh: proof).
Tambahan pula, laman panduan harga NGC menunjukkan bahawa nilai lebur (melt value) bagi syiling ini adalah tinggi kerana kandungan emasnya.
Bagi pengumpul atau pelabur, syiling Millennium 2000 ini adalah sangat menarik kerana gabungan nilai numismatik (sejarah alaf baru), kandungan emas tulen, serta edisi terhad.
Nilai sebenar dalam pasaran boleh
berubah bergantung kepada faktor seperti keadaan fizikal syiling, sama ada
masih mempunyai kotak asal, sijil keaslian, serta permintaan pasaran kolektor.
Sekiranya anda mempertimbangkan untuk membeli atau menjual syiling ini,
disarankan untuk menyemak rekod jualan lelong terkini dan mendapatkan penilaian
profesional daripada pakar numismatik.

0 Response to "Syiling Emas Millennium 2000 — Dulu RM2,000, Sekarang Nilai Cecah Lebih RM8,000!"
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.